Sunday, May 20, 2012

UNDANGAN ke Majlis Aqiqah Khaleel Az

Assalamualaikum & Selamat Sejahtera , Kami akan mengadakan Majlis Aqiqah untuk anak kedua kami , Khaleel Az yang akan diadakan pada 26 May 2012 bermula pada jam 11 pagi. Alamat adalah seperti berikut : Lot 7197 , Kg. Sg. Kantan Jalan Sg. Kantan 43000 , Kajang , Selangor Peta :
No untuk dihubungi : Dato’ Hj Mat Yasir : 012-3275885 Datin Hajah Ruhaya : 012-2051246 Amril Az : 012 – 3881246 Khuzaimah : 012-5117182 Peta dalam google maps : ( please insert 3.00724,101.79363 )
Kehadiran tuan/puan dialu alukan untuk memeriahkan majlis . Terima Kasih. Agak lama tak update blog . Anak kedua kami lahir pada 10 Februari 2012 pada jam 12:10 am . Sekarang Khaleel sudah 3 bulan dan alhamdulillah sihat :) .
hari pertama
3 bulan ...

Saturday, May 19, 2012

kami

4 beranak ..

Monday, November 17, 2008

Happy Wedding Anniversary & Amelia

17 November 2008 - Wedding Anniversary & Amelia Zahra




Aiseh .... terlupa wedding aniversary .... hari ni genap setahun aku dan ema as husband n wives .. aku tak de present , imah takde present ... agaknya baby tulah presentnya :) ...
aku terdengar handset imah berbunyi , bunyi macam reminder ... then barulah aku teringat ... its our 1st anniversary ....
and that that night , we have a cup of coffee together ..... celebrate wedding anniversary secara simple ... :) .
and amelia zahra ........ she's getting big ... pampers size S dah tak muat .... so aku siap2 beli pampers size M brand PetPet - RM25.10 , for 70 pcs . enough for 14 days (average 5pcs per day) .
amelia zahra lately nampak garang! kalau nak menyusu , kene sampai puas , kalau tak dia akan menangis kuat ..... tapi bila dia tengah minum , nampaklah matanya yang aku define sebagai "the most wonderful creation" pernah aku lihat ...
Its quite exausting for me ... aku tak dapat bayangkan imah jaga dia everyday . Aku jaga sehari pun rasa penat ... amelia zahra selalu terbangun pukul 3 ~ 4 pagi untuk mintak susu ...
Minggu ke tiga tak nampak banyak sangat beza pada wajahnya ... ye ke ? mmm ... anyway ... i miss them already ...




Susahnye nak amik dia senyum ..


zzzz ... ngantuk ....

Monday, November 10, 2008

Rindu & Lampin

11 November 2008 – Rindu & Lampin

Baru balik dari kampong imah di Langkap. Imah dan Zara dah seminggu berada di kampong. Saya stay kerja kat shah alam / semenyih . Cuma hari ahad sahaja masa yang ada untuk tengok diorang berdua . Sebelum tu saya nak ucapkan terima kasih kepada semua for all the credits dan buah tangan serta hadiah , wang tunai dan cheque (betul !) . Sekarang ni tak tahu kenapa saya suka tulis blog ni , dulu masa kawin takde topic nak dibangkitkan , Cuma sekarang ni macam suka coretkan detik detik nak raisekan anak .


11 November 2008 - Nurse datang rumah check berat : 3.5 kilogram . Ringan lagi ..


Dengan ibu ... Khuzaimah sedang berpantang di rumah orang tuanya di Langkap .



Dengan Opah ... hari hari mandikan dia , masakkan ikan haruan .. (kat kampong banyak ikan haruan , kat kajang takde)


Sori ..... abah balik seminggu sekali ... bujang 100 hari jap


Kalau berdasarkan pada hari ini , Amelia Zahra dah berusia 2 minggu 4 hari . Nama timangannya zara , aku pun terkelat kelat nak panggil zara , suka panggil amy je . Jangan jadi amy winehouse sudah lah .

Sekarang zara tinggal di kampong ibunya di Langkap , teluk intan . Dah 5 hari aku tak tengok mereka berdua , zara pun dah bulat sikit , matanya pun besar dah . Aku jarang cium anak aku sebab aku banyak kuman rokok . Suka dakap aje , sambil meniduri dia & belajar camana nak buat anak tak menangis . Tapi paling best dgn budak ni aku suka tengok dia stretching sambil mengeluarkan bunyi2 yang tak sepatutnya (eg. Kentut , preet dan shee-shee)



Mak Abah imah pun aku tengok happy gile sebab ni cucu pertama diorang . Tak tahulah aku apa maksud “nikmat cucu” pada diorang .. Yang pastinya mak imah setiap pagi dan petang akan mandikan cucunya .. abah imah tetiap hari akan mainkan kumisnye pada anak aku .. Aku sampai sekarang tak pernah mandikan anak aku .. Tukar lampin pun baru sekali …

Masuk cerita lampin , bahan bahan yang diperlukan ialah pampers size S , baby wipes (cap ayam – untuk tempat tak glamer , cap branded – untuk body dan muka) , minyak angin (minyak kayu putih , yu yi atau talon – untuk angina ) dan nappy cream (untuk celah nie).



Lampin tekap camni ye sayang ..

Additional protection

Zara ni dari apa yang aku tengok , kurang gemar dibedung , kalau nangis lama je , aku akan cabut stokin & longgarkan pampersnye ...











Aisehman ...

Agak sukar untuk pertama kali nak buat , walaupun dah berpuluh kali tengok bini aku buat . Tapi anak aku tak buat hal sangat. Macam suke je kita servis dia.
Ni , ubat untuk hick-cups
Letak tissue basah kat dahi :D
Zara tido ye ... minggu depan abah balik lagi ...

Thursday, November 6, 2008

RM5 dan Pendaftaran Surat beranak Anak & MYKid


30 oct 2008 ,
Pendaftaran amelia zahra di jpn putrajaya .

Amelia dah berusia 6 hari , masih dibuai mimpi seperti biasa , dan akan merengek bila kehausan . Dah macam diprogramkan begitu rasanya . dari pemerhatian , every 2 jam anak aku akan terjaga minta disusukan . Dalam 2 oz susu sudah mencukupi untuk meniduri dia . Mmm ....

Terus ke segmen pendaftaran anak , urusan dibuat di JPN , putrajaya .

Kali ni aku sengaja bawak RM5 untuk tengok bertapa berkesannya free itu free ini . Pengerasnya , ic laki bini ori , surat nikah , buku rekod kesiatan ibu dan borang daftar kelahiran . Setibanya aku di JPN kul 11am , aku trus naik tingkat 3 . Luas juga JPN ni . Tapi seksanya nak naik tingkat 3 , kene naik eskalator . Lif org luar xleh guna sbb staff aje blh guna. Setibanya di tingkat 3 , nampak macam tak ramai orang .. dan aku submitlah dokumen aku pada orang nombor tu .. Laa ... di suruhnya fotostet certain pages kat buku kesihatan tu ... hmmm takpelah


Then aku pun turun , ke ground floor , cari lif tak jumpa! aku tanya staff kat situ , then diorang kata aku tak leh guna ... untuk staff aje ... laaaa ... guna eskelator je la jawabnya ...


sampailah ke ground floor ... trus masuk kedai fotostet yang ada sedia kat bawah tu . Belum sempat aku cakap kat pakcik tu nak fotostet apa , dia trus je amik buku kesihatan dan trus fotostet muka 14, 15 dan 25 .


Amril : "Pakcik tahu ke nak fotostet apa ?"

Pakcik : "Pakcik kan JPN , pakcik tahu"


ler ....

Dalam borang takde nyatakan suruh fotostet itu ini , takpe lah ... 60 sen ajers ...


Dah selesai fotostet , naik balik tingkat 3 , guna eskelator lagi , dan jumpa abg nombor , dah dapat nombor , aku tunggu je lah ...


hampir setengah jam tunggu (dalam 12 nombor) , quite OK! aku dipanggil . Aku serahkan borang yang berkenaan pada pegawai tu ... tup tap tup tap dalam 5 minit borang aku siap , dia suruh aku check balik segala details. Semuanya OK! 10 minit lagi siap ...


10 minit berlalu aku dipanggil balik ... oleh kakak yang mukanya macam garang dan bertaik lalat di atas bibir . Dia serahkan surat beranak .... aku sain ... dan "encik boleh beli sampul plastik kat kaunter sebelah ye" ....


OOoooo ... sampul plastik kene beli ... kalau tak surat beranak kronyok. Keluarlah rm2 dan selamatlah surat beranak anak aku dalam sampul tu ...


Not bad untuk registeration surat beranak ni ... cuma sediakan dokumen yang lengkap dan RM2.60 ... :) Cuma ruang untuk merokok takde kat JPN


Parking pun free!




Friday, October 31, 2008

Amelia Zahra .... Selepas Seminggu

Amelia Zahra dah seminggu !
Terima Kasih atas ucapan anda kepada kami ...
Dan Hadiah hadiah yang kami terima ...
Minggu pertama Amelia Zahra ada di Kajang , Khuzaimah sedang mengikuti kursus Slimworld yang di kelolakan oleh mak bidan .
Amelia Zahra ... seminggu selepas dilahirkan ... dahinya masih ada rashes .. difahamkan kalau buat cukur clear habis boleh menghilangkan lapisan rashes tu ..Menjemur baby .... seawal pagi

Aku pun belajarlah ... sumbat saja ...



Nak susu !
Bagi je susu 2.oz insyaAllah ok lah! :D

Kulit kulit masih dalam proses pengelupasan



Seminggu yang sungguh asam garam ...
Fuh ... malam kene overnite ... kesian imah yang kerap bangun ...
Macam macam kami tempuhi .. Alhamdulillah

Kalau dulu , kita seorang je dalam dunia ni , tapi bila dah ada zuriat ni , rasa ada harta yang perlu dijaga , tak boleh sambil lewa macam dulu ....

Tido ngan abah ye ... bersepah ..













Sunday, October 26, 2008

Meneman Isteri bersalin ...

Jam 3.30 pagi - 24 oktober
Aku tengah tidur kat sofa - area lobby kat hospital putrajaya , terima panggilan dari imah (dalm wad) "Sayang , i dah nak keluar dah ni" ....

Terus aku cabut charger phone (yang selalu mati tu) , pack semua barang (padahal sikit je) , then terus lari ke wad bersalin ( dalam 100 meter dari situ)

Sejurus melangkah kedalam bangunan Wad bersalin , aku mengigil seram , takde orang kat situ , maklumlah awal pagi , sampai aku tak terkontrol menggeletar . Terus aku masuk lagi satu bilik menyergah nurse kat situ ... "khuzaimah mana?"

Nurse : "Belum masuk lagi , nanti kami panggil "

AKu keluar balik dari wad , dah rasa seram sejuk satu macam , hospital putrajaya pun dah sejuk giler ... menggeletar lutut menjadi jadi .... jadi aku keluar kejap dari bangunan untuk berdoa pada Allah "Ya Allah , permudahkanlah ..."

Selang 20 minit , nurse panggil aku , dan suruh aku sain agreement , "(agreement untuk jaga tertib) , jadi aku sign secepat yang mungkin.. dan masuk ke wad bersalin .

Kat dalam ... ya Allah ... jeritan perempuan nak beranak punyalah jelas ... macam macam bunyi ada , aku dah jadi kaget dah , last sekali nurse tunjuk aku bilik nombor 8 , aku masuk bilik tu ... aku nampak khuzaimah sedang sakit sakit "gitu gitu" mmmmm ....

Jadi masih belum bersalin , jadi aku kena bagi support pada dia kaw kaw ... khuzaimah meronta sakit secara on-off sebab contraction . proses ini memang ada pada perempuan yang nak bersalin . Dah lah dia nampak mengantuk , tak cukup energy . Nasib baik dia amalkan "Horlicks" . Kira ok lah tu ....

Jadi proses contraction adalah proses menunggu bukaan pada bahagian pintu bawah tu menjadi besar . Dari 1cm ke 10 cm mengambil masa dalam 24jam . Jadi , kalau ada rasa sakit belakang yang kerap , perut semakin keras , kejap sakit kejap ok ,,, segeralah jumpa doktor ..

Isteri aku dah meronta sakit , pastu lelap , pastu sakit ..... imah minta aku usap bahagian belakang untuk kurangkan kesakitan

Diselangi dengan bunyik soundtrack "jantung anak" ... dup dup dup dup .... laju! (pihak hospital memang letak (mic / detector) pada perut ibu

Dan diselangi perempuan2 yang nak bersalin pada pagi tu ... menjerit2 "ahhhh!!! tak boleh!!! dan ntah hapa hapa lagi .... menyebabkan "andrenalin" aku jadi makin tinggi .... mak aih ... suspens. Aku tenangkan imah "jangan layan bunyi lain!" ... walaupun aku tahu , dia tak boleh berpatah balik ... tapi aku tahu , imah memang menunggu saat ini , dia nak sangat bersalin normal , memang dah niat dia ..

Slepas 30 ~ 45 minit kejap sakit , kejap surut , imah mengadu sakit sangat yang amat , terasa nak buang air besar (untuk makluman = nak beranak tu teran buang air besar , bukan kecik) , .. aku jerit kat nurse , suruh datang jap tengok ... nurse yang datang cuma 2 orang ... 2 orang untuk sambut baby? aku ingatkan sedozen dokter datang .. takpelah , aku anggap diorang tahu apa yang diorang buat

then nurse pun tengok : "sudah buka ni , ok , letak tangan kat pergelangan kaki , pegang kuat kuat , tengok saya , then , u push ya!"

aiseh , sudah masanya ke? ... aduh , suspen ...

aku berdiri sebelah dia , pegang bahu dia , bagi support , cakap ' push ... push ... push "

nurse suruh push lagi , siap ekjas2 bukaan bawah , mengalahkan adjustment aku..

imah pun meneranlah sekuat kuatnya , sampai aku tengok muka dia jadi semerah merahnya , setakut takutnya , sampai imah dah tak terdaya untuk menolak kuat lagi

lantas imah menarik nafas , dan kelihatan kepala baby keluar dari woumbnya , nurse panggil "encik mau tengok ini" , lantas aku balas "takpe , u teruskan , i x tengok" , aku nak tengok isteri aku juga , bagi semangat lagi ...

nurse 2 orang tu dah bersorak2 , "push , push " .... aku rasakan kalau bersalin kat stadium lagi bagus sebab ramai lagi boleh bersorak ...

Dalam seketika , kepala bayi keluar habis dan diikuti bahagian tubuh dengan mudahnya . Dari sini difahamkan bahagian kepala paling kritikal masa bersalin . tubuh akan mengikuti seterusnya dengan mudah ...


plup ! uwekkkk ... uwekkkk ... uwekkk ....

aku tengok muka imah , dia senyum tawa gembira dan semua yang positif lah keluar ... aku pun peluk dia sambil menangis bersama sama ..... tapi wajah merah tadi lenyap , hanyalah wajah cerah seorang ibu baru ...

dan aku lihat anak kami sudah dilahirkan kedunia , disambung dengan tali pusat ... lengkap jari jemari , tubuh badan , tiada cacat cela .... menangis ... mmg tak peduli tangisannya ... sebab semuanya dah keluar .. alhamdulillah ...

lantas nurse india tu kata "encik boleh keluar sebentar"

aku pun keluar dari wad bersalin .... apa yang nurse nak buat pun aku tak tahu ... takpelah ...

dan aku keluar dari wad bersalin , mengadap keluar , tak tahu kiblat kat mana , aku tunduk , dan .... "terima kasih Ya Allah ... " ... sambil air mata membasahi sikit sikit . Ada mak guard skodeng aku time tu ..